Thursday, March 25, 2010

is Off~

aku nk ke langkawi...
academic trip...
doakan semuanya berjalan lancar...
amin...

Monday, March 22, 2010

mencintai n dicintai....

1. "Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang."

Ulasan : Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan : Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

3. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.


Ulasan : Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda,dia akan kembali.

4. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu,Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akanteringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.


Ulasan : Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan : Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar-benar bahagia.


6. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".Jawab titis air mata kedua tu,
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan : Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dia mana sahaja anda berada.


Ulasan :
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

8. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi,tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan : Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.


9. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Ulasan : Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.


10. Menyayangi/mencinta i itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.


Ulasan : Kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda.Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadapmereka.

11. Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akanmeluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda,jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya... "

Ulasan : Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

12. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takuntukan risiko atau cabaran yangbakal mendatang.

Ulasan : Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu kerana jika andaberjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

13. Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayang i. Anda cuma kalahjika anda bertangguh.


Ulasan : Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihakmereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akanrasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

14. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukardalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

15. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan : Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta.... .. Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira-kira atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.....

Friday, March 19, 2010

shaRing iS Caring~

aku ambil nota nie daripda seseorang but niat saya adalah share dgan kawan2ku....

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk

Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah

Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi,angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.

Bergurau kasar

Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.

Cepat naik berang

Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar

Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal

Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah

Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi

Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah

Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian

Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor

Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa

Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat dek terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih

Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!

berjalan-jLn~

x pasal aku kn pg program cairex kat shah alam..
Dak klaz aku yg pg cuma aku, paoh, mail ngn ahyadi je yg pg....
nsb bek dak2 umh aku pg gak..
klu x, lg ah bohsan...

kitorang bertolak lbh kurang kul 3 ptg dari kampus...
perjalanan sgt ah bohsan coz my baby rosak...
smpi dlm kul 2 pagi kat kolej mawar shah alm...
serius...
bas lmbt glr cam siput...
smpi kolej bz meng iron baju, mandi manda pastu mkn...
pas mkn, pe lg... TDOW ah...
hahaha...

kul 3.++ tdow, kul 7 dh kna kumpul kat bwh...
jap gile dpt tdow...
pastu gi bekfast...
mkn roti telur ngn air teh o limau suam...
serius sakit hati coz bnyk giler bawang kat dlm roti telur tu...
siap de sorang bdk ni samakan aku ngn ank buah dia coz suka korek2 makanan...
cis!! hampas sungguh...
huk3...

pas bekfast trus tuju ke dewan seri budiman...
mmg bosan nk mampus ah coz dgr ceramah ntah pape..
pastu rmi2 nk cabot...
aku jmpa kak ayu..
yg best, dia bg aku duit...
~w!nk2~

pas siap, blk kolej kemas2 brg, pastu gerak blk...
b4 blk, aku gi singgah mid valley..
haik! mid valley lg..
bosan tul...
huhuhu...

kat mid valley, bantai makan je ah...
aku mkn kat burger king...
whopper is mine..
yana amik mini whopper..
sdap ooo...
x lupa bli aunties anne...
aku suke sour cream and onion, yana amik chocolate mint...
jgn bertnya mengapa kami selalu berdua...
kamikan in a relationship..
hahaha...
kami beli gak souvenir..
my soft toy...
papehal, njoy tgk gmbr ek...
(^_^)


(makanan kami)

(kentang goreng yg serius sdap...
lg sdap dri mcD pnya)

(air coke yg x hbs)

(my feveret)

sgt sdap.. lg sdap dri quater pounder...
:)

my aunties anne pritzles
sour cream & onion..
best oOo...

lemonade..

KANAK-KANAK RIANG..

muka emen jong..
wahahaha...


peace from heaven dari syazwan..

My new baby
-
--
---
-----

-
--
-
--

GUESS????

















comel x?

cream is mine...
de blue one is yana`s baby..

gembira bersama~


aku smpi umh dlm kul 4.++..
so far ok ah...
pnt gak...
so nk rehat dl...
:)

Saturday, March 13, 2010

warGGGGHHHHHHHHH!!!

Mlm ni tetibe je aku nk menangis...
gadget yg pling aku syg..
my baby a.k.a sony mp3 aku sudah rusak...

lum pn stahun aku pki, dh wat hal..
aku beli kat BP...x kn nk kna blk BP semata2 nk betulkn mp3 ni...

kat klntn ni x de kdi yg bleh nk betulkn ke?
warranty de lg ni...

sgt kuciwa... (T.T)
(my baby a.k.a sony mp3)


(ketika masih di dlm kotak)

Sayang kamoo~

Serius dowh...
tetibe aku rasa touching gile..

aku rs rindu sgt dgn kwn2 aku ms dip dl...
my roomate since part 1 till part 6...
bnyk suka duka, pahit manis kitorng tempuh bersama...

Mai N Anis,

Nana syg n rindu gila pada kamu...

:`-/

(mlm pra graduan)

(beronggeng di jeram linang)

(kat gelanggang tenis)

(kat umah mek pasir mas)

(my bestfrenz 4ever n ever)

(family day)


(my birthday ke 21)


BILA KITA BLEH JUMPA??
rindu gila bab1 dh ni...
huhuhu..

besday is besday~



Jgn plik klu entry aku di mulakan ngn gmbr...
sje je nk try sesuatu yg bru...
hehehe...


(mee goreng sdap)

(bihun goreng sdap gak)

(nugget ayamas)

(salad kentang)

(kentang goreng)

(sushi homemade)

(sgt seronok)

my fav (blueberry cheesecake)

(german black forest)

(tiramisu)

(besday gurl ceria)

(chumil x?)

(muka ku x nmpk)

(PEACE)
:)

whooooaaaaaaaaa..

11.03.2010 genap ah umur aku 23thn..

walaupun meningkat usia, tp aku ttp rasakan aku muda lg..
perasan siot... (sila jgn muntah disini) hehehe...

perasaan aku bercampur baur, sedih, gembira, pahit, manis, masam, masin, n mcm2 lg ah..

yg sedihnya, even aku dh janji x nk menangis di hari bhgia aku, aku ttp menangis gak...
aku x tau knp aku ttp rs sdih bila de org tu x ingt besday aku..
org tu bukan dia ek..
sebab dia wish besday aku mlm tu..
:)
mungkin sbb ms besday org tu dl aku wish, so aku mengharapkn perkra yg sm berlaku gak...
(ish3, x ikhlas rupanya aku ni) hahaha...
tp x pe.. aku berlajar sesuatu yg bru...
x sume yg kita nk, kita akan dpt..

Hurm..
kini ku sedari, aku bknlah org yg pntg dlm hidup mereka2 tu..
walaupn aku anggap mereka pntg dan syg pd mereka...
pergh..
touching plak tetibe...

dh2... blaja untuk memaafi ek cik raihana...

walaupn sdih, gembira ttp ada...
ramai gak yg ingat besday aku...
even yg wish gn Fb pn, aku sgt gembira....
siap de yg kol lg tu...
thanks sume ek...
:)

my housemate awal2 dh wish...
dila ngn zira blnje aku mkn ais krim walls..
sgt sdap... ;)
thanks ya!

yg manis dan gembiranya,bila bleh smbt mjls rmi2 ngn kwn2..
housemate aku pn x lp kat besday aku..
even x de hadiah pn... dont worry, aku x mengharapkn tu sume...
korng ingt pn aku dh cukup bhgia...
;)

mlm tu, aku siap potong kek..
bkn 1, tp 3.. di ulangi, 3 kek yg aku potong...
blueberry cheese, tiramisu, german black forest....
best gile...
menu mlm tu pn sgt mewah... de fries, nugget, sushi, bihun ngn mee goreng...
mcm2 lg ah...
siap decorate tmpt cam party lg...
tetibe rs cam budak2 plak...
hahaha...
yg paling x bleh lp, ms beli decoration tu, ingtkan aku dh amik yg happy birthday pnya...
skali yg aku amik SELAMAT DATANG ah plak...
aisyhhhh.
malunya,...
hehehe...

majlis mlm tu di mulakan ngn bacaan yassin...
even x rmi yg bleh bc, at least de gak keberkatannya...

dh bc yassin, mjlis tiup lilin, pastu mkn2...
dh kenyang, aku bantai Tdo...
kenyang + ngntk =Tdo...
(mn x makin besar)
;)

esoknya, dpt msg dari adik aku Mohd Fazri a.k.a mat yie...
dia ajk gi jln2 ke bachok...
dia dtg amik aku kat umah..
so, pglah kami kebachok menaiki myvi merah..
kat bachok ingt nk camwhoring bnyk2....
skali hujan da...
kuciwa2...

pas dri bachok, mat yie ngn alwa nk gi smbhyg jumaat,
diorang smbhyg kat masjid kubang kerian, so, tinggallah aku ngn kak bibi kat dlm kereta...
sgt lama, smpikn aku terlelap di dlm kereta menunggu diorng...

blk plak, singgah mkn kat mak su nasi air...
kak bibi blnje, sgt sedap...
best2....
hehehe...

neway, aku sgt suka n njoy..
terimalah apa adanya...
moga akan datang lebih baik hendaknya...
amin...

p/s kepada CIK Nur Raihana Nadiah Bt Azam...
Umur dh meningkat...
so, perangai elok2 ckit ek...
;)